اعوذ ب الله من الشيطان الرجيم
"وقالواالحمد لله الذي أذهب عنا الحزن ان ربنا لغفور شكور
Surah Fatir : 34
maksud ayat:
"Dan(sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)."
keterangan ayat:
menurut Ibnu al-Munzir dan Ibn Abi Hatim daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa ayat ini menceritakan tentang permohonan ahli syurga ketika hampir melepasi pintu syurga. mereka beribadah dengan tekun dan bersungguh-sungguh semasa di dunia. walaupun mereka sudah bertaubat dari dosa tetapi dalam hati mereka sentiasa tersemat perasaan kesal terhadap kesilapan yang berlaku itu.
(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 34 Surah Fatir)
khasiat & kaifiat beramal:
amalkan membaca ayat ini setiap kali melepasi sesuatu ujian dan kesedihan sebagai mengambil berkat munajat ahli syurga. semoga kita turut mendapat nikmat memasukinya di akhirat kelak.
amin..
No comments:
Post a Comment