salamun alaik

salam buat sumer mujahid yg memasuki blog ini..





Tuesday, August 3, 2010

siapkanlah dirmu teman..2

Bulan yang patut bagi kita memanfaatkan seoptimum yang mungkin bagi meraih ganjaran-ganjaran dalam bulan tersebut. Mari dengan sungguh-sungguh kita tanyakan pada diri kita, Adakah kita bersedia sebenar-benarnya untuknya? Adakah hati dan iman kita dah diusahakan dalam kondisi terbaik bagi menghadapinya? atau kita tidak terlintas langsung untuk memanfaatkan Ramadhan sebagai bulan untuk dijadikan titik tolak perubahan kehidupan kita bagi menebus kehidupan kita yang jauh dari Allah? Ramadhan inilah madrasah bagi kita menanam kembali benih-benih keimanan untuk ia hidup subur selepas melalui madrasah ini kerana awal pohon adalah benih. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. Jika selama ini, syaitan sentiasa menjadi pendamping kita siang dan malam, mungkin atas dasar jauhnya kita dari al-Quran sehingga..

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman karibnya." (QS Az-Zukhruf, 43:36)

namun..

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)

Maha suci Allah, peluang dibuka seluasnya buat kita semua. Mari hidupkan Ramadhan dengan tadarus dan tadabbur (menghayati) al-Quran. Perbanyakkan membaca tidak kira waktu. Aplikasi al-Quran di telefon bimbit manfaatkan. Quran poket usahakan dibawa. Mulakan menjinakkan hati membacanya sebelum tibanya Ramadhan sebagai langkah menyediakan suluh sebelum tibanya malam kerana..

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)..." (QS Al-Baqarah, 2:185)

Ikhwah dan Akhwat semoga diberkati sentiasa, persediaan kita menghadapi Ramadhan harus bermula dari sekarang, biasakan diri bangun menghidupkan malam dengan solat-solat malam kita, biasakan bangun awal bagi sahur yang ada berkahnya kelak, bahkan Rasulullah pernah bersabda:

Dari 'Amr bin al-'Ash r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda:"Pemisahan - yakni perbezaan - antara puasa kita dengan puasanya kaum ahlul kitab -yakni kaum Yahudi dan Nasrani - itu ialah adanya makan sahur." (Riwayat Muslim)

Bangunlah untuk bersahur dan tahajjud ikhlas kerana Allah. Manfaatkan Ramadhan bertaubat atas dosa dan maksiat yang pernah dilakukan. Latihan bulan Ramadhan yang menghasilkan orang-orang yang bertakwa, beriman, bersabar dan banyak lagi buah dari bulan mulia ini.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Muttafaq 'alaih)

Puasa melatih kita menjadi pribadi yang baik. Namun..

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya." Maksudnya: Di waktu berpuasa itu hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar berpahala puasanya tadi. (Riwayat Bukhari)

Berkata baik atau diam kerana diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya. Jangan sampai kita hanya mendapat lapar dan dahaga dari puasa yang kita lakukan. Usahakan semampunya mendapat markah yang tinggi dalam puasa kita. Persiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu yang mampu menambah lagi aroma puasa yang bakal mewangi dalam bulan mulia. Hadirkan diri dan hati untuk solat berjemaah, langkahkan kaki ke majlis-majlis ilmu, hidupkan kumpulan-kumpulan tadarus al-Quran, sampaikan nasihat-nasihat kepada sesama saudara, jaga pandangan dan perlakuan, jaga kesihatan sebaik mungkin untuk berikan ibadat yang berkualiti dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah dan sesama kita. Apakah diharapkan hujan tanpa awan? Oraklah langkah perubahan dalam peluang Ramadhan kali ini, kerana boleh jadi ini merupakan Ramadhan terakhir buat diri kita. Tanamkanlah niat dan doa agar kita diberkati dalam bulan rejab dan sya'ban, dan yang paling utama, disampaikan ke dalam bulan suci Ramadhan. Ramadhan umpana aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair. Kita mesti pastikan Ramadhan kali ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah Ramadhan hadapan kita masih diberi peluang melaluinya.

Dari Abu Said r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah - yakni semtata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah, melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya -kerana puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'alaih)

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. Jangan ulangi kesalahan dahulu. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Mari warnai diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan warna Islam dan Iman. Semarakkan semangat dan ruh Ramadhan bermula dari sekarang. Semoga perkongisian dan peringatan ini kita bersama manfaatkan dan menggantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit dan yang pasti kita rendahkan hati kita serendah mutiara di lautan dihadapan Allah Robbul 'Izzati. Wallahu'alam.

siapkanlah dirmu teman..1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah Rabbul'Alamin. Tuhan pentadbir segala urusan dengan kehendak-Nya. Puji dan syukur yang tidak terhingga atas nikmat yang berterusan diberikan kepada semua hamba-Nya walaupun kita sering kali leka bahkan ingkar kepada-Nya, namun Dia tetap memberikan nikmat kepada kita. Dia-lah Allah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Selawat dalam bingkisan cinta dan rindu kita kirimkan kepada junjungan Rasulullah SAW, ikon dalam hidup kita semua. Mari bersama dengan tulus dan yakin kita bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah SWT, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (QS Al-Baqarah, 2:183)

Amma ba'du: Ikhwah dan Akhwat semoga dirahmati Allah, hanya beberapa hari yang memisahkan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Satu bulan yang dinanti-nanti bagi orang-orang beriman dan bertakwa. Bulan yang penuh pengampunan bagi sesiapa yang benar-benar atas dasar keimanan mengharapkan redha-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan bagi dosa-dosanya yang terdahulu."( Muttafaq 'alaih)

indahnya zikirullah

ZIKIR (1)

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan hambaKu, Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati-Ku di dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Dan apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku dekatinya dengan berlari.”

Keterangan Hadis;

a) Pertamanya, Allah SWT berfirman, “Aku bertindak terhadap hamba-Ku sebagaimana yang disangkakan olehnya.” Maksudnya; hendaklah sentiasa mengharap kurnia dan rahmat dari Allah SWT, janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat-Nya walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa-dosa dan kesalahan kita pasti akan dibalas. Adalah kemungkinan besar bahawa Allah SWT mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurnia-Nya. Tersebut dalam Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) ;..”(An-Nisa’: 116)

Akan tetapi tidaklah semestinya segala dosa-dosa itu akan diampuni. Lantaran itulah, para ulama’ mengatakan bahawa iman adalah antara harapan dan ketakutan.

Rasulullah SAW mengunjungi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, “Apakah hal kamu ini?” Jawabnya, “Ya Rasulullah, aku mengharapakan Rahmat Allah dan aku takut dengan-Nya kerana dosa-dosa aku.” sabda Baginda, “Jika kedua-duanya iaini harapan dan ketakutan didapati dalam keadaan seperti ini, nescaya Allah SWT mengurniakan apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti.”(JAMAAUL FAWAAID)

Diberitakan dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap maksiatnya seolah-olah berada di kaki sebuah gunung dan gunung itu akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka menggap dosanya seolah-olah seekor lalat yang berada disampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, iaini orang yang tidak mempedulikan langsung akan dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu harus merasa takut terhadap maksiat yang telah dilakukan dan juga mengharap Rahmat Allah SWT.

Hazrat Muaz r.a meninggal dunia kerana penyakit taun. Ketika beliau menghadapi sakaratul maut, beliau berkata, “Ya Tuhanku, demi kemulian-Mu, Kau mengetahui hamba mencintai-Mu.” Ketika wafatnya hampir tiba, beliau berkata, “Wahai maut, selamat datang, alangkah bahagianya tetamu ini, tetapi ia mengunjungi aku ketika aku mengalami kebuluran.” Selanjutnya beliau berkata, “Ya Tuhanku, Kau mengetahui bahawa hamba sentiasa takut kepada Kau, tetapi kini hamba mengharapkan rahmat-Mu, Ya Tuhan, walaupun hamba mencintai kehidupan dunia ini, namun bukanlah disebabkan ingin menimbunkan harta kekayaan menerusi pertanian dan sebagainya, tapi bertujuan menahan haus yanag amat sangat di musim panas yang terik dan menahan segala rupa penderitaan demi untuk mengembangkan agama-Mu dan untuk menyertai halakah alim ulama’-Mu dengan secara isttiqamah” (TAHZIBUL-LUGHAT) .

Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hadis ini mengandungi keterangan mengenai tindakan terhadap hamba menurut sangkaannya iaini tentang keadaannya secara umum dan bukan tentang keampunan dosa-dosa itu. Doa-doa memohon sihat, murah rezeki, keamanan dan lain-lain itu semuanya termasuk di dalamnya. Umpamanya doa, iaini apabila seseorang yakin dengan sebenar-benarnya bahawa doanya itu diterima, maka benarlah yang doanya itu akan diperkenankan. Sebalaiknya apabila ia tidak meyakini doanya tidak diterima atau bersikap sambil lewa terhadap penerimaan doa itu, maka begitu jualah yang diperbuat Allah SWT terhadapnya.

Sebagaimana dalam hadis lain, diterangkan bahawa doa seseorang itu diterima selagi dia tidak berkata doaku tidak diterima nanti (prejudis terhadap penerimaan doanya). Begitu juga mengenai kesihatan, kemewahan dan urusan-urusan lain.

Di dalam satu hadis ada menyebutkan bahawa jika seseorang yang mengalami kebuluran dan menceritakan halnya pada orang ramai, maka orang itu tidak akan memperoleh kemewahan hidup, sebaliknya sekiranya ia memohon dan bermunajat kepada Allah SWT, maka keadaannya akan berubah kelak. Oleh itu, dalam apa jua keadaan pun, hendaklah kita bersangka baik pada Allah SWT. Perkara ini juga berulang kali diperingatkan oleh Allah dalam Al-Quran;

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (Luqman: 33)

“Adakah dia telah mengetahui akan perkara yang ghaib atau adakah dia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya? . Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.” (Maryam: 78-79)

b) Keduanya, Allah SWT berfirman dalam hadis kudsi yang tersebut di atas bahawa “Aku bersamanya tatkala hamba mengingati Aku”.

Di dalam hadis lain ada disebutkan bahawa “Aku bersamanya: iaini Aku bertawajjuh kepadanya dan Aku melimpahi Rahmat-Ku ke atasnya.

c) Ketiganya, Allah SWT berfirman di dalam hadis yang tersebut di atas: “Kusebut dia dalam jemaah yang lebih baik (maliakat) : iaini aku membanggakan dia atas para malaikat kerana sebab-sebab berikut;

i. Manusia dijadikan mengikut satu sistem yang terkhas yang diletakkan pada kejadiannya itu dua unsur yang tetap bertentangan antara satu dengan yang lain iaitu ketaatan dan kemaksiatan. Jadi mentaati dan mematuhi Allah SWT di dalam keadaan sedemikian itulah yang menyebabkan Allah membanggakan mereka di atas para malaikat.

ii. Tatkala Allah SWT menjadikan manusia, para malaikat pernah berkata “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) ,” (Al-Baqarah: 30). Para malaikat berkata demikian kerana unsur fasad dan kerosakan yang akan diletakkan pada manusia nanti. Sebaliknya unsur fasad dan kerosakan ini tiada terdapat pada para malaikat, oleh sebab itulah mereka berkata, “padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu” (Al-Baqarah: 30).

iii. Ketaatan manusia lebih afdal daripada ibadat para malaikat kerana manusia beribadat tanpa mengetahui apa-apa disebalik pemandanagannya, sebaliknya para malaikat telah mengetahui dan menyaksikan apa-apa yang terdapat pada alam akhirat. Maka hakikat inilah yang diisyaratkan dalam firman Allah SWT (hadis kudsi) yang bermaksud, “Maka bagaimanakah gerangan mereka (manusia) menyaksikan syurga dan neraka?”. Dengan demikianlah Allah SWT memuji mereka yang sentiasa mengingati-Nya dan beribadat kepada-Nya.



d) Keempatnya, Allah SWT berfirman dalam hadis di atas, “Jika manusia datang mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku dekatinya dengan berlari; iaini jika seseorang hamba menuju kepada Allah SWT, maka Rahmat dan Kurnia Allah SWT lebih cepat menuju kepadanya. Kini terserah pada setiap manusia jika ingin mendapatkan Rahmat dan Kurnia Allah SWT, maka hendaklah mereka itu sendiri menuju dan mendekatkan diri pada-Nya.

lailaha illallah

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

doa..ertimu begitu indah

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Al- Quran

Hazrat Usman r.u meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”.

Dalam banyak buku hadis, hadis ini dinyatakan dengan perkataa ‘dan’ diantara perkataan belajar dan mengajar sebagaimana di atas. Dengan ini ganjaran terbesar adalah bagi sesiapa yang belajar Al-Quran kemudian mengajarkannya kepada orang lain. Tapi sesetengah kitab hadis diriwayatkan dengan perkataan ‘atau’ dan dalam hal ini maknanya “Yang terbaik antara kamu ialah yang belajar Quran atau mengajarkannya”. Mengikut hadis ini ganjarannya adalah umum iaini sama sahaja besarnya samada belajar Al-Quran untuk dirinya atau mengajar kepada orang lain.

Al-Quran adalah asas agama Islam dan penjagaan serta penyebarannya adalah bergantung kepada wujudnya keyakinan. Dengan ini kelebihan belajar dan mengajar Al-Quran diketahui sendiri tanpa berkehendakan penerangan yang lebih lanjut.

Walaubagaimanapun terdapat darjat-darjat yang berlainan. Yang terbaik ialah mempelajari Al-Quran bersama maksudnya dan yang terendah ialah belajar mengenai huruf atau perkataan-perkataan nya sahaja.

Hadis di atas disokong oleh sebuah hadis lain Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hazrat Said Ibnu Salim r.u, “Jikalau seseorang yang telah mendapat ilmu mengenai Al-Quran menganggap seseorang lain yang diberi dengan sesuatu yang lain itu lebih bernasib baik daripadanya, dia telah menunjukkan sikap tidak hormatnya kepada Rahmat Allah SWT yang diturunkan kepadanya kerana usahanya mempelajari Al-Quran”. Dengan ini teranglah bahawa oleh sebab Al-Quran adalah perkataan Allah SWT, ianya adalah tertinggi dari segala sesuatu. Pembacaan dan pengajaran mestilah lebih agung dari segala-galanya.

Mullah ali Qari menukil dari hadis lain bahawa barangsiapa memperolehi ilmu Al-Quran, ia menyimpan ilmu kenabian dikepalanya. Sahl Tastari r.u berkata bahawa tanda cinta kepada Allah adalah dengan wujudnya cinta terhadap perkataan Allah SWT di dalam hati seseorang itu. Dalam Sarhul Ihya, senarai orang yang akan diberi perlindungan ‘Arash (Kursi Allah) di hari pengadilan yang menggerunkan adalah termasuk orang yang mengajar Al-Quran kepada anak orang Islam dan juga mereka yang belajar Al-Quran pada masa kecilnya dan terus membacanya apabila ia sudah dewasa.

petikan ayat pedoman..

" dan jganlahkamu mgatakan terhadap org2 yg gugur pda jalan Allah,(bahawa mereka e2) mati, bahkan mereka e2 hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya"


"Hai org2 yg beriman, jika kamu menolong allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

"Hai org2 yg beriman , bersabarlah kamu dan kuatkanalh kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertakwalah kepada allah supaya kamu beruntung"

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini, muhammad al-fateh dpat menukar darat jadi lautan, dpat layarkan kapalnya di puncak gunung dan bukanlah di ombak lautan. sesungguhnya muhammad al-fateh dengan usahanya ini mengatasi Alexander The Great"