Hazrat Usman r.u meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”.
Dalam banyak buku hadis, hadis ini dinyatakan dengan perkataa ‘dan’ diantara perkataan belajar dan mengajar sebagaimana di atas. Dengan ini ganjaran terbesar adalah bagi sesiapa yang belajar Al-Quran kemudian mengajarkannya kepada orang lain. Tapi sesetengah kitab hadis diriwayatkan dengan perkataan ‘atau’ dan dalam hal ini maknanya “Yang terbaik antara kamu ialah yang belajar Quran atau mengajarkannya”. Mengikut hadis ini ganjarannya adalah umum iaini sama sahaja besarnya samada belajar Al-Quran untuk dirinya atau mengajar kepada orang lain.
Al-Quran adalah asas agama Islam dan penjagaan serta penyebarannya adalah bergantung kepada wujudnya keyakinan. Dengan ini kelebihan belajar dan mengajar Al-Quran diketahui sendiri tanpa berkehendakan penerangan yang lebih lanjut.
Walaubagaimanapun terdapat darjat-darjat yang berlainan. Yang terbaik ialah mempelajari Al-Quran bersama maksudnya dan yang terendah ialah belajar mengenai huruf atau perkataan-perkataan nya sahaja.
Hadis di atas disokong oleh sebuah hadis lain Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hazrat Said Ibnu Salim r.u, “Jikalau seseorang yang telah mendapat ilmu mengenai Al-Quran menganggap seseorang lain yang diberi dengan sesuatu yang lain itu lebih bernasib baik daripadanya, dia telah menunjukkan sikap tidak hormatnya kepada Rahmat Allah SWT yang diturunkan kepadanya kerana usahanya mempelajari Al-Quran”. Dengan ini teranglah bahawa oleh sebab Al-Quran adalah perkataan Allah SWT, ianya adalah tertinggi dari segala sesuatu. Pembacaan dan pengajaran mestilah lebih agung dari segala-galanya.
Mullah ali Qari menukil dari hadis lain bahawa barangsiapa memperolehi ilmu Al-Quran, ia menyimpan ilmu kenabian dikepalanya. Sahl Tastari r.u berkata bahawa tanda cinta kepada Allah adalah dengan wujudnya cinta terhadap perkataan Allah SWT di dalam hati seseorang itu. Dalam Sarhul Ihya, senarai orang yang akan diberi perlindungan ‘Arash (Kursi Allah) di hari pengadilan yang menggerunkan adalah termasuk orang yang mengajar Al-Quran kepada anak orang Islam dan juga mereka yang belajar Al-Quran pada masa kecilnya dan terus membacanya apabila ia sudah dewasa.
No comments:
Post a Comment