salamun alaik

salam buat sumer mujahid yg memasuki blog ini..





Tuesday, July 13, 2010

Assalamua’laikum. Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana masih diberi kesempatan kepada ana untuk terus merasai nikmat iman dan islam dalam diri ini. Namun, doa ana agar Dia menetapkan hati ini masih berada di jalanNya setelah dia memberi hidayah. Marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. Segala peringatan adalah untuk diri ana yang kerdil ini jua buat sahabat yang di kasihi sekalian.

Bait-bait cintaNya yang bermaksud : “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbing tidak dapat menyempurnakan, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” ( Surah al-Ahzab 33 : 72 )

Melalui ayat ini, langit dan bumi serta gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah dari Allah itu, melainkan manusia. Apakah amanah yang di berikan kepada manusia itu? Ia merupakan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah bagi memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini. Namun, yang menjadi persoalannya kenapa jua manusia dipilih walhalnya sudah di beritahu yang manusia ini amat zalim dan jahil. Hal ini kerana walaupun pelbagai kerosakan yang berlaku kerana perbuatan manusia itu sendiri, namun pada masa yang sama kita telah di kurniakan sesuatu yang amat bernilai iaitu akal, dengan akal inilah kita mampu untuk menguasai alam ini agar kita boleh memakmurkan, mengurus dan mentadbirnya. Selain itu, dengan akal inilah yang meletakkan darjat manusia lebih tinggi daripada malaikat, sekali gus layak menjadi khalifah di muka bumi.

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Apabila bertanya tentang amanah dan tanggungjawab yang di telah di amanatkan di atas bahu kita ini sudahkah kita menjalankan sebaiknya? Tepuk dada tanya iman, itulah jawapannya.

Tandakan (/) pada jawapan yang bersesuaian dengan diri kita. Adakah sudah kita ditunaikan?

Tanggungjawab kepada
Tandakan

Allah


Rasul


*Suami/isteri (jika ada)


Ibu bapa


Adik beradik


Saudara mara


Alam semesta


Non-muslim


Saudara seislam



*bergantung kepada individu itu sendiri







Berat ???? Memang berat. Semua itu wajib kita laksanakan. Islam itu kaffah! Oleh sebab itu, tiada yang sanggup memikulnya melainkan manusia. Tapi wahai sahabatku janganlah ingat ia merupakan satu bebanan buat kita sebagai manusia khususnya sebagai muslim untuk memikul tugasan ini. Tapi pasakkanlah dalam sanubari kita ini, Allah telah meletakkan kita di tempat yang tinggi darjatnya. Cuma pilihannya tetap di tangan kita sama ada untuk melaksanakannya demi mencari redhaNya atau mencari redha manusia. Sama ada menuju ke jannah atau neraka jahanam. Na’uzubillah min zalik.

Sebelum ana mengundur diri, ana minta maaf banyak-banyak dan suka ana hendak kongsikan sebuah cerita pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khatab. Moga dapat kita sama-sama dapat jadikan pedoman. Wallahu’alam.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Khalifah Umar Al- Khatab pernah ditegur oleh rakyatnya katanya, “ Nasib tuan malang sebab tuan membenarkan gabenor dan pegawai-pegawai tuan di Mesir mengurus negeri itu dengan sesuka hati mereka, “

Umar tunduk, air mukanya berubah pucat. Selesai solat Khalifah Umar bin Khatab segera masuk ke pejabatnya dan menulis surat kepada Amru bin Ash, gabenor di Mesir.

“ Saudara dan pegawai-pegawai saudara adalah pemimpin yang bukan hanya mempunyai hak tetapi, saudara di bebani dengan tanggungjawab dan kewajipan,” khalifah Umar bin Khatab menulis.

“ Sesiapa yang menyeleweng dan menjalankan tugas dengan sesuka hatinya sendiri, saya beri amaran, segera undur daripada jawatan ataupun saya ambil tindakan tegas , “ tulisnya lagi.

Surat itu diakhiri dengan ayat, “ Pemimpin tidak cukup

No comments:

Post a Comment