Biodata Komandor Para Mujahidin Luar Di Chechen
Profail: Ibn-ul-Khattab
Gelaran: Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab
Nama Sebenar: Tidak dikeluarkan
Jawatan: Ameer Para Mujahideen Antarabangsa di Caucasus
Lahir: 1970
Warganegara: Negara Ahli GCC di Semenanjung Arab
Bahasa Pertuturan: Arab, Rusia, Inggeris, Pushto
Tempat Lahir: Semenanjung Arab
Pengalaman Jihad: 12 tahun
Bumi Jihad yang telah di "kunjungi": Afghanistan, Tajikistan,
Chechnya
"Sekiranya kamu
memberitahu saya di Afghanistan bahawa akan tiba satu
hari di mana kita akan berperang dengan pihak Rusia DI DALAM Rusia, aku
tidak akan mempercayaimu pada ketika itu." [Ibn-ul-Khattab]
Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga
yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak
muda
yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan
tidak
mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau
mendapat
tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987.
1987
merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet
Union
(ketika itu)di bumi Afghan.
Anak-anak muda dari seluruh bumi umat
Islam
serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid
terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989), Sheikh Tamim
Adnani (meninggal
dunia pada 1988) dan Usama bin Ladin.
Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan
kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula
mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk
beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika
Syarikat,
Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga
beliau ke
Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai
selamat tinggal pada kedua ibubapa
dan keluarga beliau pada akhir 1987
tersebut, Khattab tidak pernah kembali.
Salah seorang daripada para Mujahideen menggambarkan tentang Khattab,
anak muda belasan tahun, yang tiba di kem latihan pertamanya di
Jalalabad,
Afghanistan:
"Kem latihan berhampiran Jalalabad penuh dengan para Mujahideen yang
datang dan pergi pada hampir setiap hari. Kami sedang bersiap-sedia
untuk
satu operasi besar-besaran menentang pihak Rusia dan para Mujahid yang
telah
menamatkan latihan mereka berkemas untuk meninggalkan kem latihan
menuju ke
barisan hadapan. Sedang kami bersiap-sedia untuk berangkat, sekumpulan
rekrut baru tiba. Pada ketika itulah aku perasankan seorang anak muda
belasan tahun di kalangan para rekrut baru
tersebut: 16-17 tahun,
berambut panjang dan berjambang yang belum tumbuh sepenuhnya lagi.
Beliau
terus berjumpa dengan para komander kem latihan tersebut dan merayu
agar
mereka membenarkan beliau ikut serta ke barisan hadapan. Para komander
tersebut tentu sekali enggan menghantar seorang 'budak' yang tidak
terlatih
ke barisan hadapan tanpa apa-apa latihan. Aku lantas mendapatkan
beliau,
memberi salam dan bertanyakan nama beliau. Beliau menjawab,
'Ibn-ul-Khattab' "
Khattab menyempurnakan latihan beliau dan turut serta di barisan
hadapan. Salah seorang daripada jurulatih beliau adalah Hassan
as-Sarehi,Komander operasi Kandang Singa di Jaji, Afghanistan,
1987.
[Hassan as-Sarehi kini dipenjarakan di Kem Tahanan ar-Ruwais, Jeddah,
Saudi
Arabia, sejak 1996 atas tuduhan jenayah yang penjenayah sebenarnya
telahpun
dihukum bunuh].
Dalam tempoh enam tahun berikutnya, anak muda ini telah menjadi salah
seorang daripada Komander Mujahideen yang paling berani dan payah untuk
ditewaskan sepanjang sejarah Jihad di abad ke-20 ini. Beliau dikenali
sebagai seorang yang enggan tunduk merebahkan diri ketika berhadapan
dengan
tembakan musuh dan keengganan beliau menunjukkan kesakitan selepas
mengalami
kecederaan.
Dari serang hendap ke operasi ke serangan ke markas musuh, beliau telah
berperang dengan Tentera Biasa dan Komando Soviet. Beliau turut serta
di dalam semua
operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga
1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau
terselamat
dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba.
Seorang Mujahideen menceritakan bagaimana Khattab pada satu ketika
ditembak di bahagian perut dengan sebutir peluru Mesingan Berat 12.7mm
di
Afghanistan. (Peluru 12.7mm digunakan untuk menebuk kereta perisai dan
menembusi posisi pertahanan yang kuat: peluru ini menjadikan daging
manusia seperti daging cincang, fakta yang diketahui oleh mana-mana
pakar
ketenteraan. ):
"Ketika salah satu operasi, kami sedang duduk di dalam sebuah bilik
sebuah rumah di Barisan Kedua. Hari sudah lewat dan pertempuran di
Barisan
Hadapan sangat
hebat. Tidak beberapa lama kemudian, Khattab memasuki
bilik
tersebut; wajah beliau kelihatan pucat, tetapi selain daripada itu
beliau
berkelakuan seperti biasa. Beliau masuk ke dalam bilik, berjalan
perlahan-lahan ke satu arah bilik tersebut dan duduk bersebelahan
dengan
kami. Khattab kelihatan luarbiasa diamnya, maka kami merasakan tentu
ada
sesuatu yang tidak kena, walaupun beliau tidak sedikitpun mengerutkan
muka
walaupun sekali mahupun menunjukkan apa-apa tanda kesakitan. Kami
bertanyakan beliau samada beliau mendapat kecederaan; beliau menjawab
bahawa
ketika di Barisan Hadapan, beliau mendapat luka ringan, tiada apa-apa
yang
serius. Salah
seorang dari kami kemudiannya pergi kepada beliau untuk
melihat luka tersebut. Khattab enggan membenarkannya, terus mengatakan
bahawa luka tersebut tidak serius. Mujahid tersebut terus memaksa
Khattab
untuk membenarkannya melihat dan kemudiannya beliau meletakkan
tangannya ke bahagian perut Khattab. Pakaian Khattab basah dengan
darah dan
beliau mengalami pendarahan yang teruk. Kami kemudiannya terus
memanggil
sebuah kenderaan dan menghantar beliau ke hospital kami yang paling
hampir;
di sepanjang perjalanan beliau terus mengatakan bahawa kecederaan
beliau itu
ringan dan tidak serius."
Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah
dikalahkan
oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para
Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama,
tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan
mara
ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para
Mujahideen. Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di
pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang
secukupnya.
Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika
cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut
meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah.
Para
Mujahid yang bersama-sama dengan beliau cuba menyuruh beliau pergi ke
Peshawar untuk mendapatkan
rawatan perubatan, tetapi Khattab enggan.
Sebaliknya beliau meletakkan sedikit madu pada luka tersebut (seperti
Sunnah
Rasulullah SAW) dan membalutnya sambil menegaskan bahawa tidak perlulah
beliau ke Peshawar.
Jari-jari beliau kekal dalam balutan sedemikian sejak dari hari
tersebut.
Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para
Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal
1995. Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap
orang
keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut
keagamaan
perang tersebut.
Khattab menggambarkan perasaan beliau apabila beliau melihat berita
mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di
Afghanistan:
"Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit
kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan
melaungkan takbeer, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di
bumi
Chechnya dan aku mesti ke sana."
Dari Afghanistan, Khattab berangkat bersama-sama dengan sekumpulan
lapanorang para Mujahid, terus ke Chechnya, tiba di sana pada musim
bunga 1995. Empat tahun berikutnya menjadikan perjuangan Khattab di
Afghanistan dan Tajikistan kelihatan seperti permainan anak-anak
tadika.
Menurut statistik rasmi Rusia, lebih ramai tentera Rusia terbunuh
selama
tiga tahun peperangan Chechnya daripada jumlah mereka yang terbunuh
selama
10 tahun penjajahan Soviet di Afghanistan.
Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para
Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka
mula
melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu
Islam.
Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi
Chechnya
(Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri
(Dagestan 1997 dan kini, 1999).
Salah satu daripada operasi beliau yang paling nekad adalah serang
hendap di Shatoi pada 16 April 1996, di mana beliau memimpin sekumpulan
50
orang Mujahideen menghancurkan sebuah konvoi 50 kenderaan tentera Rusia
yang
sedang dalam perjalanan meninggalkan Chechnya setelah menghancurkan
satu
perkampungan umat Islam. Sumber rasmi Tentera Rusia
menyatakan bahawa
223
orang tentera Rusia terbunuh (termasuk 26 orang pegawai atasan) dan
setiap
kenderaan musnah sama sekali. Operasi ini membawa kepada pemecatan dua
atau
tiga orang General tertinggi tentera Rusia di Moskow dan Boris Yeltsin
mengumumkan berita tentang operasi tersebut di Parlimen Rusia. Lima
orang
Mujahid gugur shahid di dalam operasi tersebut. Keseluruhan operasi
tersebut berjaya difilemkan (ketika pertempuran sebenar) dan sedutan
foto-foto dari filem tersebut boleh dilihat di Azzam Publications
[bahagian
Pustaka Foto]
Beberapa bulan selepas itu, para Mujahideen di bawah pimpinan beliau
melancarkan satu serangan ke atas berek tentera Rusia, memusnahkan
helikopter
bersenjata Rusia dengan peluru berpandu anti-kereta- kebal
AT-3 Sagger panduan wayar. Sekali lagi, keseluruhan operasi ini,
termasuklah kemusnahan helikopter-helikopt er tersebut berjaya
difilemkan.
Sekumpulan dari pejuang-pejuang dari bawah pimpinan beliau juga
mengambil bahagian dalam serangan ke atas Grozny pada Ogos 1996,
diketuai
oleh Shamil Basayev.
Beliau juga memimpin sekumpulan 100 orang Chechen dan Mujahideen
Antarabangsa pada 22 Disember 1997 memasuki 100km ke dalam kawasan
Rusia dan menyerang ibupejabat Briged Rifel Bermotor 136, Tentera
Rusia.
300 kenderaan Tentera Rusia dimusnahkan dan ramai askar-askar Rusia
terbunuh [Operasi Dagestan]. 2 orang Mujahideen gugur shahid
(insha-Allah) dalam operasi ini,
termasuklah salah seorang Komander
tertinggi
Khattab,komander Abu Bakr Aqeedah.
Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996,
Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah
dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan
Chechnya
dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral, di dalam sebuah majlis yang
turut
dihadiri oleh Shamil Basayev dan Salman Raduyev, dua komander paling
penting
dalam peperangan Chechnya. Sebelum Jeneral Jawhar Dudayev meninggal
dunia,beliau juga sangat menghormati Khattab. Ini adalah penghormatan
yang
diterima atas tindakan, bukan perkataan semata-mata.
Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan
berkata,
"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka
memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda,
maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita." Atas sebab
ini,beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan
lakonan
tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung] . Dikatakan bahawa beliau
mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan,
Tajikistan
dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak
mencukupi
untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah
mengambil
banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia
dalam operasi Dagestan
baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia
terbunuh,
10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh.
Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin
Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau
hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah
SWT,
tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak
kali
melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang
paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia,
yang
telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga
berkecai
tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa
kecederaan.
Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi
dikenali
sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu
mengambil
berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan
memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh
berbelanja.
Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan
berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau
sekiranya
beliau gugur.
Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah
berkata:
"Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah
keluarga kita. Semua kami yang
datang ke sini, datang tanpa kebenaran
keluarga kami.
Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah
masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang
lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun,
beliau
akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak
bertemu
dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan
meneruskan kerja ini?"
Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga
mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah
ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata, "Kita kenal Rusia dan
kita tahu taktik
mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah
lebih
mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain."
Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan
'terrorist' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini
dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah
bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi
tentera
dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu
janda
dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah
menjadi
saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'.
Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan. 20 tahun
kemudian, tiada
lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula
oleh
para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut
-mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20
ini.
"Sekumpulan kecil. Merekalah yang meneruskan cita-cita ummah Islam
ini. Dan sekumpulan yang lebih kecil lagi dari kumpulan kecil ini.
Merekalah yang mengorbankan keinginan keduniaan peribadi mereka demi
untuk
bertindak dalam usaha memenuhi cita-cita tersebut. Dan sekumpulan yang
lebih kecil dari kumpulan elit ini. Merekalah yang mengorbankan jiwa
dan
darah mereka demi mendapatkan kejayaan untuk cita-cita dan keyakinan
ini.
Maka, mereka
adalah sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil dari
sekumpulan
kecil."
[Shaheed Dr Sheikh Abdullah Azzam, dibunuh 1989]
Azzam Publications, Ogos 1999
Afghanistan – Tajikistan – Chechnya, bagi Khattab tiada hari tanpa Jihad fi sabilillah. Ketika putranya, Saleh, berusia 3 bulan, Khattab telah memberikan semangat Jihad kepadanya:
“...Anakku, aku tidak tahu apakah kita akan bersama di medan perang, kau komandanku dan aku pasukan di bawah pimpinanmu, memberi minum mereka yang haus dan merawat yang terluka, kemudian kamu sendiri dan aku berada di dalam kubur.
Ini sebuah nasihat dari seorang tentara kepada komandannya. Jadilah orang yang dermawan dan shalih, wahai anakku. Berdo’alah untukku, agar apa yang aku tinggalkan setelah kematian sesuai apa yang terdapat dalam
hadits Rasulullah..”
No comments:
Post a Comment